Saya menerima buah tangan ini dari Tanah Suci , Mekah yang diberi oleh seorang jiran yang baru balik pada 11 Jun 2013 selepas menjalankan umrah di sana selama 12 hari. Tanpa melengahkan masa, saya pun mengambil gambar sebelum menikmati makanan yang diberikan itu, iaitu kurma dan kacang sperti berikut.
Sunday, 16 June 2013
Friday, 31 May 2013
BBM 3410 Program Eksektutif
Dalam post ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Kursus BBM 3410 kami, Prof Madya Dr.Normaliza dan ahli kumpulan saya.Dengan mengikuti kursus ini, walaupun kami berasa letih disebabkan banyak kerja tugasan seperti video one shot, video seram, video tanpa wajah dan lain-lain perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan, namun di sebalik kepenatan tersebut, kami masih berasa sangat "enjoy" kerana kami dapat menghilangkan tekanan kami sebagai seorang warga pendidik di sekolah secara tidak langsung. Umpamanya, ketika kami merakamkan video one shot dengan bantuan lagu Amy Mastura Sha Na Na , saya demam pada hari itu dan terpaksa pergi ke bilik Falimbani untuk merakamkan video tersebut dengan ahli lain kerana kami telah berjanji antara satu sama lain.Namun, selepas "Sha Na Na" dengan mereka, saya amat terhibur dengan gerak geri kami yang lucu dan demam saya pun mula turun. Hebatkan? Kalau saya tak cakap, saudara-saudari tengok video itu pun tak perasan bahawa saya tak sihat hari itu kan? Sebab saya ialah seorang pelakon yang profesional.Walau bagaimanapun, blog ini saya akan teruskan selagi saya hidup.
Gambar di atas menunjukkan ahli kumpulan saya mengambil gambar dengan pensyarah kami Prof Madya Dr Normaliza (yang berseluar hitam) dalam kursus tersebut. Tengok, kesemua ahli dan pensyarah amat gembira dengan senyuman yang indah sekali. Oh, ya! Saya lupa nak memperkenalkan ahli kumpulan saya, mereka ialah (Dari kiri) Siti Sara, saya , Dr Normaliza, Suzy, Juliana dan Mohd Taufik. Terima kasih banyak-banyak !
Wednesday, 29 May 2013
Baca Berita
Pernahkah anda tengok pelajar eksekutif baca berita? Klikkan alamat laman sesawang berikut, anda akan terkejut melihat ONG SOO MEI, iaitu saya baca berita di depan anda. Berita tersebut adalah kisah benar, tidak mengandungi unsur tokok-tambah. Video ini diterbitkan khusus untuk tugasan BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia.
Video Tanpa Wajah - Produk Kumpulan One Piece
Video Tanpa Wajah ialah video yang hanya melibatkan tangan sahaja secara keseluruhan. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dapat memahami jalan cerita dan mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak penonton. Dalam video ini melibatkan empat orang pelakon yang sedang menuntut pelajaran di UPM. Mereka adalah Suzyla, Siti Sara, Juliana dan saya. Tujuan video ini diterbitkan untuk memenuhi tugasan BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia. Sila beri sebarang komen saudara-saudari,kami akan cuba memperbaikinya sebab kami diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baharu selagi kami masih hidup lagi. Terima Kasih.
Video Seram - Misteri Gadis Psiko
Video seram melibatkan empat orang pelakon. Salah seorang pelakon tentulah saya. Video ini diterbitkan untuk tugasan BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia di UPM.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada tiga orang pelakon untuk menjayakan video ini dengan lancar. Antara tiga pelakon tersebut adalah:
- Juliana ( mangsa yang dibunuh)
- Siti Sara ( mangsa yang diperkosa)
- Suzyla ( saksi)
Tuesday, 28 May 2013
Persembahan lagu Sha Na Na
Video berikut khas untuk Kursus BBM 3410. Pelakon-pelakon dalam video ini amat profesional. Mereka ialah :
Jom, tontonlah bersama ahli keluarga anda. Pasti anda akan terhibur.
- Suzyla (berbaju biru)
- Juliana (berbaju hijau)
- Siti Sara (berbaju merah)
- Ong Soo Mei (saya)
Jom, tontonlah bersama ahli keluarga anda. Pasti anda akan terhibur.
Monday, 27 May 2013
Zhang Zhou di China
Baru-baru ini makcik saya pergi ke Zhang Zhou di China dengan emak dan adiknya selama satu minggu. Izinkan saya terang sedikit sebanyak tentang tempat ini sebab tempat ini ada serba sedikit berkaitan dengan saya.Kenapa? Sabarlah dulu...
Kembali ke soalan tadi, kenapa maklumat di atas ada kaitan dengan saya ? Kenapa saya ingin berkongsi maklumat ini dengan saudara-saudari di blog saya kali ini?
Sebab saya juga berdialek Hakka. Surname saya ONG kan? Kalau nak tahu dialek seseorang yang berbangsa Cina, tengok Surname orang itu sudah tahu. Seperti mak saya,surname ialah CHANG. Dia ialah orang Hainan .
Daerah asal pendatang dari Hokkian pada dasarnya hampir meliputi seluruh wilayah provinsi Fujian, namun mayoritas berasal dari daerah pesisir seperti Zhangzhou, Quanzhou, Fuzhou dan Amoy. Zhangzhou dan Quanzhou menjadi daerah asal utama disebabkan kedua-dua tempat ini telah lama menjadi pelabuhan utama yang melayani perdagangan lewat laut.
Orang Hokkian (Hanzi: 福建人, pinyin: fujian ren) atau Orang Hoklo adalah penduduk dari provinsi Fujian bagian selatan di Republik Rakyat Cina. Banyak orang Hokkian menjadi perantau dan tinggal di berbagai negara, terutama di Asia Tenggara
Orang Hokkian juga dikenal dengan sebutan:
- Orang Minnan (閩南)
- Orang Hok-ló (福佬)
Orang Hokkian merupakan mayoritas perantau di Indonesia. Di zaman kolonial Belanda, pemerintah Batavia menetapkan kuota perantau yang diperbolehkan merantau ke Indonesia. Pemerintah Batavia juga mendata jumlah pendatang menurut daerah asal, yang pada zaman tersebut dikelompokkan menjadi empat kelompok besar; Hokkian, Tiochiu, Konghu dan Hakka.
Zhāngzhōu berada paling selatan dari pada Propinsi Fujian, dan bersebelahan langsung dengan Cháozhōu, Propinsi Guangdong. Zhāngzhōu mulai dibentuk pada tahun 686 pasa masa Dinasti Táng atas permintaan seorang pejabat tinggi pada masa itu yang bernama Chen Yuanguang. Zhāngzhōu terkenal dengan produksi buah laici (lychee) dan lengkeng (longan) serta makanan laut seperti abalon dan lobster. Perantau dari Zhangzhou terutama menyebar di daerah Sumatera Utara, Riau (Indonesia) dan Penang (Malaysia).
Sebab saya juga berdialek Hakka. Surname saya ONG kan? Kalau nak tahu dialek seseorang yang berbangsa Cina, tengok Surname orang itu sudah tahu. Seperti mak saya,surname ialah CHANG. Dia ialah orang Hainan .
Berikut ialah gambar makcik saya yang diambil di Zhang Zhou dengan mak dan adiknya.
Pemandangan cukup indahkan? Menurut makcik saya ( berseluar pendek), bangunan di belakang mereka telah didirikan pada zaman Dinasti Song, tetapi masih kekal sehingga hari ini. Bangunan itu masih didiami oleh orang Hakka. Satu lagi perkara yang saya ingin berkongsi ialah saudara-saudari cuba teka wanita yang berdiri di tengah-tengah itu, agak-agak umurnya berapa? 60? 70 ? 80 ? Beliau telah berumur 94 tahun. beliau berjalan lagi cepat dan steady daripada orang muda sekarang. Jangan main-main. Setiap pagi, beliau bersarapan dengan makan OAT. Beliau juga tidak lupa buat senaman ( TAICHI )! Contohilah semangat beliau, anda akan rasakan badan yang sihat betapa penting dan bahagianya !
Sunday, 26 May 2013
Perasmian Dewan Tan Sri Tee Hock Seng
Sekolah saya merasmikan Dewan Tan Sri Tee Hock Seng tepat pada pukul 8 malam pada 18 Mei 2013. Majlis ini disambut dengan meriah dan kagum sekali. Pada hari tersebut, tarian singa dijemput untuk menghidupkan lagi suasana seperti berikut:
Majlis ini diberikan ucapan oleh guru besar sekolah saya, En. Booi Ah Heng dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ibu bapa, guru-guru dan murid-murid serta kakitangan-kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Selain daripada itu,pelbagai jenis acara telah dipersembahkan oleh anak murid. Ini termasuklah:
Nyanyian Kanak-kanak Tahap 1
Tarian Gimnastik
Pancaragam Koir Kanak-kanak Tahap 2
Persembahan Orkestra
Nyanyian Perseorangan dengan lagu "I Believe"
Cabutan Hadiah Misteri
Dalam majlis yang begitu agung sekali, saya juga tidak lupa mengambil gambar dengan rakan-rakan sekerja, khususnya rakan yang bertugas di sekolah lain seperti Ang Lay Hoon (berbaju hitam) dan Lai Swee Yunn (berbaju biru).
Saturday, 25 May 2013
Pemergian nenek dan datuk saya
Saya mengikuti bapa dan emak saya pergi bersembahyang nenek dan datuk saya di Kwong Tong Cemetery Kuala Lumpur. Inilah tempat nenek dan datuk saya bersemadi untuk selama-lamanya. Pada awal pagi lebih kurang 8.30 pagi, kami sudah bertolak dari rumah. Kami bersembahyang di tempat yang disediakan dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya tidak mengganggu orang lain. Tempat nenek dan datuk saya semadi di tingkat 4 dengan bertanda C-516.
Bangunan ini merupakan bangunan yang baharu dan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Jalan Raya, Yang Berhormat Dato Sri Ong Tee Keat pada tahun 2010.
Ini makanan dan barang-barang yang kami sembahyang untuk nenek dan datuk saya. Pakaian, wang kertas dan kasut akan dibakar selepas tamat upacara sembahyang. Kami mempercayai bahawa nenek dan datuk akan menerima barang-barang ini.
Thursday, 16 May 2013
Hari Guru 2013
Hari Guru pada tahun ini boleh dikatakan di luar jangkaan saya sebab saya terima sepucuk surat daripada seorang anak murid lelaki yang telah belajar di sekolah menengah semasa saya datang ke sekolah. Saya mendapati sepucuk surat diletakkan di atas meja pejabat saya. Hanya sepatah perkataan dapat menerangkan perasaan saya pada ketika itu...TERHARU ! Saya terfikir-fikir bagaimana budak ini dapat meletakkan sepucuk surat di atas meja saya sedangkan dia sudah tamat enam tahun di sekolah ini pada tahun lepas ?? Rupa-rupanya dia minta bantuan adiknya yang masih berada di sekolah ini berbuat sedemikian... Saudara-saudari pun kenal dia, iaitu Ivan Chan yang pernah saya ambil gambar di Old Town White Coffee dan Upload di dalam blog ini.Ya, itulah budak! Dia tanya tentang keadaan saya di sekolah, kesihatan bapa saya, pelajaran saya di universiti dan lain-lain lagi. Walaupun hanya sepucuk surat sahaja, tetapi ia cukup bermakna untuk saya pada hari tersebut berbanding dengan hadiah-hadiah yang saya terima hari itu. Berikut ialah hadiah yang saya terima pada Hari Guru tahun ini. Mungkin anda tak percaya, kesemua hadiah ini ialah daripada anak murid yang dipukul atau didenda dengan rotan atau dimarah di dalam kelas sebab sikap kemalasan dan kenakalan mereka. Sebaliknya murid-murid yang baik dalam kelas tidak menunjukkan apa-apa tanda penghargaan kepada saya pun.
Sunday, 5 May 2013
PRU Ke-13
Hari ini (5 Mei 2013) ialah hari yang amat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia kerana hari ini merupakan pilihan raya umum ke-13. Adakah anda sudah undi? Belum ? Apa nak tunggu lagi?? Demi masa depan negara, demi kebaikan anak-anak kita, jalanilah tanggungjawab dan hak anda sebagai warganegara Malaysia. Inilah peluangnya ! Jom, pergi undi sekarang... Saya? Tentulah dah pergi. Tak percaya ? Ada bukti... Cuba tengok gambar berikut:
Tak ada tipukan ? Bilik yang saya masuk undi ialah bilik 5 dengan no siri 3082 di Sekolah Menengah Taman Cheras Perdana, Dakwat biru masih kelihatan. Undi parti apa? Oh, itu RAHSIA lah ...
Hari Jadi Bapa Ke-74
Semalam ialah hari jadi bapa saya ke-74. Oleh sebab badannya diserang oleh virus kanser ke seluruh tulang-tulang badan, maka hari jadinya disambut dengan ringkas sahaja. Beliau tidak ada selera untuk makan. Kami hanya menyediakan kek yang digemarinya, kek orange dengan gambar seorang lelaki yang bercermin mata sebagai design nya dan lapan biji telur merah.
Cantik tak kek ini? Saya special order dari kedai kek yang bernama "Carnation Pastry House" yang berdekatan dengan rumah saya.
Dua budak ini ialah cucunya, lelaki itu bernama Ong Theng Sim yang berumur 11 tahun dan perempuan itu bernama Ong Jing Hui, berumur 7 tahun. Kedua-dua budak ini belajar di sekolah yang saya bertugas, SJK (C) Batu Sebelas Cheras.
Wednesday, 17 April 2013
Kalendar 2014
Saya dah siap kalendar untuk tahun 2014. Ia merupakan salah satu tugasan yang perlu disempurnakan pada semester ini. Saya pun sangat memuaskan dengan tugasan itu walaupun ada kecacatan, namun ia adalah usaha yang saya lakukan. Berikut adalah muka depan untuk kalendar tersebut.
Halaman ini perlu diedit kerana tugasan ini ialah salah satu hasil kerja bagi kursus Bahasa Dalam Multimedia. Maka, "Calendar" perlu ditukarkan kepada "Kalendar". Macam mana ?? Cantikkan ? Hmm.... model ini masih bujang lagi oh....
Sunday, 7 April 2013
Cubaan yang berjaya
Gambar berikut sebagai cubaan yang dihasilkan untuk tugasan kalendar.Apakah komen saudara-saudari? Siapakah model dalam kalendar itu ?? tentulah... saya. Cantikkan? Rasa nak muntah? Janganlah...
Saturday, 6 April 2013
Bekas Tangan Anak Murid Tahun 3 E
Selamat Hari Jadi Kepada Saya
Hari ini ialah hari lahir saya.Saya berdoa agar bapa saya dapat sembuh daripada serangan kanser yang berada di peringkat keempat dan menghadiri konvo saya pada tahun depan. Mudah-mudahan.
Duduk di sebelah kanan itu ialah bapa saya. Beliau amat berharap saya dapat menyempurnakan Bacelor Sastera pada tahun ini.Gambar ini diambil semasa Tahun Baru Cina pada tahun lepas.
Duduk di sebelah kanan itu ialah bapa saya. Beliau amat berharap saya dapat menyempurnakan Bacelor Sastera pada tahun ini.Gambar ini diambil semasa Tahun Baru Cina pada tahun lepas.
Tuesday, 2 April 2013
Pertemuan Yang Saya Hargai
Cuba teka kedua-dua lelaki yang kacak ini ialah siapa ? Mereka ialah anak murid kesayangan saya di sekolah rendah dahulu. Cara saya sayang ialah dengan cara memukul atau mendenda dengan rotan atau tangan. Ibu bapa mereka beri kuasa untuk saya "rotan" dengan syarat "tidak mematahkan kaki dan tangan" itu sahaja. Dengan kegigihan mereka, akhirnya mereka memperolehi 7A dalam Peperiksaan UPSR, terutamanya lelaki yang duduk di sebelah kiri saya.Namanya ialah Muhammad Zafran, dia memperolehi 7A dalam peperiksaan kerajaan tersebut. Ini termasuklah Pemahaman Bahasa Cina dan Penulisan Bahasa Cina. Manakala,duduk di sebelah kanan saya ialah Ivan Chan Wen Le. Dia seorang murid yang bersopan-santun.Walaupun saya garang dengan mereka, mereka masih selalu ajak saya keluar untuk bertemu. sambil bercerita keadaan di sekolah menengah mereka.Saya amat bersyukur dan terharu kerana mereka masih ingat guru yang garang ini.
Saturday, 30 March 2013
Fotografi Simpulan Bahasa
Anda ingin nak belajar simpulan bahasa ? Kalau anda tengok gambar berikut pasti anda akan faham dengan cepat.Tak percaya ? Cuba baca sendiri.
Simpulan bahasa : Panjang tangan
Simpulan bahasa : Angkat alis
Simpulan Bahasa : Kusut masai
Simpulan Bahasa : Berpeluh tubuh
Simpulan bahasa : Berbadan dua
Simpulan bahasa : Mata duitan
Simpulan bahasa : Makan suap
Simpulan bahasa : Buah hati
Simpulan bahasa : Kaki ayam
Simpulan bahasa : Naik tangan
Simpulan bahasa : Panjang tangan
Simpulan bahasa : Angkat alis
Simpulan Bahasa : Kusut masai
Simpulan bahasa : Berbadan dua
Simpulan bahasa : Mata duitan
Simpulan bahasa : Makan suap
Simpulan bahasa : Buah hati
Simpulan bahasa : Kaki ayam
Simpulan bahasa : Naik tangan
Wednesday, 27 March 2013
Bulan Purnama
Hari ini(27/3) walaupun bukan bulan yang penuh, namun masih dapat melihat bulan purnama yang begitu cantik dan terang sekali.Oleh itu, tanpa melengahkan masa saya pun mengambil gambar agar dapat berkongsi keindahan dan keterangan bulan dengan saudara-saudari.Mudah-mudahan kalian suka gambar ini.
Monday, 25 March 2013
Pokok kelapa
Pernahkah anda lihat pokok kelapa yang bercabang? Inilah pokok kelapa yang saya sempat mengambil gambar di Kampung Parit Bugis, Batu Pahat ketika membuat tugasan mengenai tarian kuda kepang.
Tugasan BBK 3307
Semester ini (Semester 8) agak "berat" sebab saya dikehendaki mengupas atau mengkritik 2 buah novel yang tertera di bawah dalam 20-25 halaman. Satu tugasan perlu disiap dalam minggu keenam dan membentangkan dalam kuliah nanti.Tugasan ini dibuat dalam kumpulan. Manakala, satu lagi perlu dihantar pada minggu kesepuluh.Tugasan yang kedua ini dibuat secara individu. Sabar...
Saturday, 23 March 2013
Foto shot
Hari Rabu yang lalu, Dr Normaliza mengajar kami untuk mengambil gambar dalam tiga bentuk, iaitu mug shot, medium shot dan full shot. Mug shot merujuk kepada gambar yang diambil dari kepala hingga ke dagu seseorang. Medium shot pula ialah gambar diambil dari kepala hingga ke pinggang.Manakala,full shot ialah gambar seseorang dari kepala hingga ke kaki.
Gambar di atas ialah contoh mug shot yang diambil oleh kumpulan saya.
Kedua-dua gambar di atas menunjukkan medium shot
Gambar kiri ialah full shot bagi Suzy dan gambar kanan ialah full shot bagi Kak Sara.
Gambar di atas ialah contoh mug shot yang diambil oleh kumpulan saya.
Kedua-dua gambar di atas menunjukkan medium shot
Gambar kiri ialah full shot bagi Suzy dan gambar kanan ialah full shot bagi Kak Sara.
Friday, 22 March 2013
Pasar Malam di Taman Indah
Hari ini saya sempat berkunjung ke pasar malam Taman Indah yang berdekatan rumah saya dengan rakan sekerja selepas sekolah bersurai. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 7pm. Berikut ialah suasana di pasar malam.
Banyak gerai dapat dikesan di sini.
Sate yang dijual oleh pak cik ini sangat sedap dimakan dan harganya juga berpatutan.
Sayur-sayuran di sini segar belakakan?
Saya pun tak ketinggalan, tengok ada seluar sesuai tak.
Kalau ada masa lapang, datanglah beramai-ramai ke pasar malam ini yang diadakan pada setiap hari Jumaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)