Hari Guru pada tahun ini boleh dikatakan di luar jangkaan saya sebab saya terima sepucuk surat daripada seorang anak murid lelaki yang telah belajar di sekolah menengah semasa saya datang ke sekolah. Saya mendapati sepucuk surat diletakkan di atas meja pejabat saya. Hanya sepatah perkataan dapat menerangkan perasaan saya pada ketika itu...TERHARU ! Saya terfikir-fikir bagaimana budak ini dapat meletakkan sepucuk surat di atas meja saya sedangkan dia sudah tamat enam tahun di sekolah ini pada tahun lepas ?? Rupa-rupanya dia minta bantuan adiknya yang masih berada di sekolah ini berbuat sedemikian... Saudara-saudari pun kenal dia, iaitu Ivan Chan yang pernah saya ambil gambar di Old Town White Coffee dan Upload di dalam blog ini.Ya, itulah budak! Dia tanya tentang keadaan saya di sekolah, kesihatan bapa saya, pelajaran saya di universiti dan lain-lain lagi. Walaupun hanya sepucuk surat sahaja, tetapi ia cukup bermakna untuk saya pada hari tersebut berbanding dengan hadiah-hadiah yang saya terima hari itu. Berikut ialah hadiah yang saya terima pada Hari Guru tahun ini. Mungkin anda tak percaya, kesemua hadiah ini ialah daripada anak murid yang dipukul atau didenda dengan rotan atau dimarah di dalam kelas sebab sikap kemalasan dan kenakalan mereka. Sebaliknya murid-murid yang baik dalam kelas tidak menunjukkan apa-apa tanda penghargaan kepada saya pun.
No comments:
Post a Comment