Semalam ialah hari jadi bapa saya ke-74. Oleh sebab badannya diserang oleh virus kanser ke seluruh tulang-tulang badan, maka hari jadinya disambut dengan ringkas sahaja. Beliau tidak ada selera untuk makan. Kami hanya menyediakan kek yang digemarinya, kek orange dengan gambar seorang lelaki yang bercermin mata sebagai design nya dan lapan biji telur merah.
Cantik tak kek ini? Saya special order dari kedai kek yang bernama "Carnation Pastry House" yang berdekatan dengan rumah saya.
Dua budak ini ialah cucunya, lelaki itu bernama Ong Theng Sim yang berumur 11 tahun dan perempuan itu bernama Ong Jing Hui, berumur 7 tahun. Kedua-dua budak ini belajar di sekolah yang saya bertugas, SJK (C) Batu Sebelas Cheras.
No comments:
Post a Comment