Saya mengikuti bapa dan emak saya pergi bersembahyang nenek dan datuk saya di Kwong Tong Cemetery Kuala Lumpur. Inilah tempat nenek dan datuk saya bersemadi untuk selama-lamanya. Pada awal pagi lebih kurang 8.30 pagi, kami sudah bertolak dari rumah. Kami bersembahyang di tempat yang disediakan dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya tidak mengganggu orang lain. Tempat nenek dan datuk saya semadi di tingkat 4 dengan bertanda C-516.
Bangunan ini merupakan bangunan yang baharu dan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Jalan Raya, Yang Berhormat Dato Sri Ong Tee Keat pada tahun 2010.
Ini makanan dan barang-barang yang kami sembahyang untuk nenek dan datuk saya. Pakaian, wang kertas dan kasut akan dibakar selepas tamat upacara sembahyang. Kami mempercayai bahawa nenek dan datuk akan menerima barang-barang ini.
No comments:
Post a Comment