Monday, 27 May 2013

Zhang Zhou di China

Baru-baru ini makcik saya pergi ke Zhang Zhou di China dengan emak dan adiknya selama satu minggu. Izinkan saya terang sedikit sebanyak tentang tempat ini sebab tempat ini ada serba sedikit berkaitan dengan saya.Kenapa? Sabarlah dulu...

Daerah asal pendatang dari Hokkian pada dasarnya hampir meliputi seluruh wilayah provinsi Fujian, namun mayoritas berasal dari daerah pesisir seperti Zhangzhou, Quanzhou, Fuzhou dan Amoy. Zhangzhou dan Quanzhou menjadi daerah asal utama disebabkan kedua-dua tempat ini telah lama menjadi pelabuhan utama yang melayani perdagangan lewat laut.
Orang Hokkian (Hanzi: 福建人, pinyin: fujian ren) atau Orang Hoklo adalah penduduk dari provinsi Fujian bagian selatan di Republik Rakyat Cina. Banyak orang Hokkian menjadi perantau dan tinggal di berbagai negara, terutama di Asia Tenggara
Orang Hokkian juga dikenal dengan sebutan:
  •  Orang Minnan (閩南)
  •  Orang Hok-ló (福佬)
Orang Hokkian merupakan mayoritas perantau di Indonesia. Di zaman kolonial Belanda, pemerintah Batavia menetapkan kuota perantau yang diperbolehkan merantau ke Indonesia. Pemerintah Batavia juga mendata jumlah pendatang menurut daerah asal, yang pada zaman tersebut dikelompokkan menjadi empat kelompok besar; Hokkian, Tiochiu, Konghu dan Hakka.

Zhāngzhōu berada paling selatan dari pada Propinsi Fujian, dan bersebelahan langsung dengan Cháozhōu, Propinsi Guangdong. Zhāngzhōu mulai dibentuk pada tahun 686 pasa masa Dinasti Táng atas permintaan seorang pejabat tinggi pada masa itu yang bernama Chen Yuanguang. Zhāngzhōu terkenal dengan produksi buah laici (lychee) dan lengkeng (longan) serta makanan laut seperti abalon dan lobster. Perantau dari Zhangzhou terutama menyebar di daerah Sumatera Utara, Riau (Indonesia) dan Penang (Malaysia).


Kembali ke soalan tadi, kenapa maklumat di atas ada kaitan dengan saya ? Kenapa saya ingin berkongsi maklumat ini dengan saudara-saudari di blog saya kali ini?

Sebab saya juga berdialek Hakka. Surname saya ONG kan? Kalau nak tahu dialek seseorang yang berbangsa Cina, tengok Surname orang itu sudah tahu. Seperti mak saya,surname ialah CHANG. Dia ialah orang Hainan . 

Berikut ialah gambar makcik saya yang diambil di Zhang Zhou dengan mak dan adiknya.


Pemandangan cukup indahkan? Menurut makcik saya ( berseluar pendek), bangunan di belakang mereka telah didirikan pada zaman Dinasti Song, tetapi masih kekal sehingga hari ini. Bangunan itu masih didiami oleh orang Hakka. Satu lagi perkara yang saya ingin berkongsi ialah saudara-saudari cuba teka wanita yang berdiri di tengah-tengah itu, agak-agak umurnya berapa? 60? 70 ? 80 ? Beliau telah berumur 94 tahun. beliau berjalan lagi cepat dan steady daripada orang muda sekarang. Jangan main-main. Setiap pagi, beliau bersarapan dengan makan  OAT. Beliau juga tidak lupa buat senaman ( TAICHI )! Contohilah semangat beliau, anda akan rasakan badan yang sihat betapa penting dan bahagianya !



No comments:

Post a Comment