Tuesday, 2 April 2013

Pertemuan Yang Saya Hargai

Cuba teka kedua-dua lelaki yang kacak ini ialah siapa ? Mereka ialah anak murid kesayangan saya di sekolah rendah dahulu. Cara saya sayang ialah dengan cara memukul atau mendenda dengan rotan atau tangan. Ibu bapa mereka beri kuasa untuk saya "rotan" dengan syarat "tidak mematahkan kaki dan tangan" itu sahaja. Dengan kegigihan mereka, akhirnya mereka memperolehi 7A dalam Peperiksaan UPSR, terutamanya lelaki yang duduk di sebelah kiri saya.Namanya ialah Muhammad Zafran, dia memperolehi 7A dalam peperiksaan kerajaan tersebut. Ini termasuklah Pemahaman Bahasa Cina dan Penulisan Bahasa Cina. Manakala,duduk di  sebelah kanan saya ialah Ivan Chan Wen Le. Dia seorang murid yang bersopan-santun.Walaupun saya garang dengan mereka, mereka masih selalu ajak saya keluar untuk bertemu. sambil bercerita keadaan di sekolah menengah mereka.Saya amat bersyukur dan terharu kerana mereka masih ingat guru yang garang ini.
 

 

No comments:

Post a Comment