Dalam post ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Kursus BBM 3410 kami, Prof Madya Dr.Normaliza dan ahli kumpulan saya.Dengan mengikuti kursus ini, walaupun kami berasa letih disebabkan banyak kerja tugasan seperti video one shot, video seram, video tanpa wajah dan lain-lain perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan, namun di sebalik kepenatan tersebut, kami masih berasa sangat "enjoy" kerana kami dapat menghilangkan tekanan kami sebagai seorang warga pendidik di sekolah secara tidak langsung. Umpamanya, ketika kami merakamkan video one shot dengan bantuan lagu Amy Mastura Sha Na Na , saya demam pada hari itu dan terpaksa pergi ke bilik Falimbani untuk merakamkan video tersebut dengan ahli lain kerana kami telah berjanji antara satu sama lain.Namun, selepas "Sha Na Na" dengan mereka, saya amat terhibur dengan gerak geri kami yang lucu dan demam saya pun mula turun. Hebatkan? Kalau saya tak cakap, saudara-saudari tengok video itu pun tak perasan bahawa saya tak sihat hari itu kan? Sebab saya ialah seorang pelakon yang profesional.Walau bagaimanapun, blog ini saya akan teruskan selagi saya hidup.
Gambar di atas menunjukkan ahli kumpulan saya mengambil gambar dengan pensyarah kami Prof Madya Dr Normaliza (yang berseluar hitam) dalam kursus tersebut. Tengok, kesemua ahli dan pensyarah amat gembira dengan senyuman yang indah sekali. Oh, ya! Saya lupa nak memperkenalkan ahli kumpulan saya, mereka ialah (Dari kiri) Siti Sara, saya , Dr Normaliza, Suzy, Juliana dan Mohd Taufik. Terima kasih banyak-banyak !