Wednesday, 17 April 2013

Kalendar 2014

Saya dah siap kalendar untuk tahun 2014. Ia merupakan salah satu tugasan yang perlu disempurnakan pada semester ini. Saya pun sangat memuaskan dengan tugasan itu walaupun ada kecacatan, namun ia adalah usaha yang saya lakukan. Berikut adalah muka depan untuk kalendar tersebut.
Halaman ini perlu diedit kerana tugasan ini ialah salah satu hasil kerja bagi kursus Bahasa Dalam Multimedia. Maka, "Calendar" perlu ditukarkan kepada "Kalendar". Macam mana ?? Cantikkan ? Hmm.... model ini masih bujang lagi oh....

Sunday, 7 April 2013

Cubaan yang berjaya

Gambar berikut sebagai cubaan yang dihasilkan untuk tugasan kalendar.Apakah komen saudara-saudari? Siapakah model dalam kalendar itu ?? tentulah... saya. Cantikkan? Rasa nak muntah? Janganlah...


Saturday, 6 April 2013

Bekas Tangan Anak Murid Tahun 3 E

Comelkan boneka yang dihasilkan oleh anak murid saya tahun 3 E pada hari Jumaat yang lepas ? Sila beri sebarang pendapat anda tentang boneka ini,saya akan cuba memperbaikinya.



 


     Tengok mak saya, beliau juga terpengaruh dengan boneka ini !


Selamat Hari Jadi Kepada Saya

Hari ini ialah hari lahir saya.Saya berdoa agar bapa saya dapat sembuh daripada serangan kanser yang berada di peringkat keempat dan menghadiri konvo saya pada tahun depan. Mudah-mudahan.

      Duduk di sebelah kanan itu ialah bapa saya. Beliau amat berharap saya dapat menyempurnakan Bacelor Sastera pada tahun ini.Gambar ini diambil semasa Tahun Baru Cina pada tahun lepas.







Tuesday, 2 April 2013

Pertemuan Yang Saya Hargai

Cuba teka kedua-dua lelaki yang kacak ini ialah siapa ? Mereka ialah anak murid kesayangan saya di sekolah rendah dahulu. Cara saya sayang ialah dengan cara memukul atau mendenda dengan rotan atau tangan. Ibu bapa mereka beri kuasa untuk saya "rotan" dengan syarat "tidak mematahkan kaki dan tangan" itu sahaja. Dengan kegigihan mereka, akhirnya mereka memperolehi 7A dalam Peperiksaan UPSR, terutamanya lelaki yang duduk di sebelah kiri saya.Namanya ialah Muhammad Zafran, dia memperolehi 7A dalam peperiksaan kerajaan tersebut. Ini termasuklah Pemahaman Bahasa Cina dan Penulisan Bahasa Cina. Manakala,duduk di  sebelah kanan saya ialah Ivan Chan Wen Le. Dia seorang murid yang bersopan-santun.Walaupun saya garang dengan mereka, mereka masih selalu ajak saya keluar untuk bertemu. sambil bercerita keadaan di sekolah menengah mereka.Saya amat bersyukur dan terharu kerana mereka masih ingat guru yang garang ini.