Nama saya Ong Soo Mei. Saya bekerja di SJK (C) Batu Sebelas Cheras sebagai seorang guru sejak tahun 2001. Saya menyempurnakan kursus diploma di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Kini, saya sedang mengikuti Kursus Program Bacelor Sastera Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia. Saya membuka blog ini disebabkan pensyarah yang mengajar Kursus BBK3408 Bahasa dalam Multimedia ingin kami mengambil kesempatan ini supaya dapat meluahkan perasaan atau berkongsi maklumat dengan rakan sekerja, kawan-kawan dan khalayak ramai. Ini juga salah satu cara untuk mengurangkan tekanan secara tidak langsung. Terima kasih Dr. Normaliza. Hobi saya ialah membaca buku seperti buku motivasi dan pelancongan. Di samping itu, saya juga suka mengumpul sampul angpau Tahun Baru Cina dari setiap pelosok di seluruh dunia. Kebanyakan sampul angpau yang saya kumpulkan adalah datang daripada kawan-kawan dan anak murid saya. Sekarang, bilangan sampul angpau saya telah mencecah kepada 8000 keping. Saya suka melihat sampul-sampul ini pada masa lapang. Ia dapat memenuhi kepuasan saya atau menghilangkan tekanan buat sementara. Saya mengklasifikasikan sampul-sampul ini kepada beberapa kategori seperti tahun haiwan, “dewa kaya”, makanan, bunga-bungaan, hasil kerja anak murid dan sebagainya. Berikut ialah sebahagian sampul angpau yang saya kumpulkan.
Sampul-sampul ini yang bertemakan Tahun Haiwan bagi setiap tahun mengikut kaledar orang Cina. Ini termasuklah tahun tikus, monyet, kinzir, ular, naga, kambing, anjing, lembu, arnab, ayam dan sebagainya.
Sampul-sampul ini ada yang dihasilkan oleh anak murid saya, ada yang dalam satu set seperti F&N, ada yang berunsurkan makanan seperti M&M, Sushi King dan Mamee. Ada yang mempunyai gambar bungaan dan ada yang bertemakan kartun.
Sampul-sampul ini ada yang datang dari Jepun dan ada yang datang dari Hong Kong. Kawan-kawan pernah lihat sampul ini ?
Sampul-sampul ini pula datang dari negara jiran kita, Singapura. Yang paling menarik hati saya ialah sampul yang dikeluarkan oleh Bank DBS. Sampul-sampul yang dikeluarkan oleh bank ini cantik-cantik belaka.
No comments:
Post a Comment