Saturday, 30 March 2013

Fotografi Simpulan Bahasa

Anda ingin nak belajar simpulan bahasa ? Kalau anda tengok gambar berikut pasti anda akan faham dengan cepat.Tak percaya ? Cuba baca sendiri.





















Simpulan  bahasa : Panjang tangan

Simpulan bahasa : Angkat alis


Simpulan Bahasa : Kusut masai

                   Simpulan Bahasa : Berpeluh tubuh

Simpulan bahasa : Berbadan dua

              Simpulan bahasa : Mata duitan
 
Simpulan bahasa : Makan  suap


Simpulan bahasa : Buah hati



                      Simpulan bahasa : Kaki ayam



Simpulan bahasa : Naik tangan                        

Wednesday, 27 March 2013

Bulan Purnama

Hari ini(27/3) walaupun bukan bulan yang penuh, namun masih dapat melihat bulan purnama yang begitu cantik dan terang sekali.Oleh itu, tanpa melengahkan masa saya pun mengambil gambar agar dapat berkongsi keindahan dan keterangan bulan dengan saudara-saudari.Mudah-mudahan kalian suka gambar ini.


Monday, 25 March 2013

Pokok kelapa

Pernahkah anda lihat pokok kelapa yang bercabang? Inilah pokok kelapa yang saya sempat mengambil gambar di Kampung Parit Bugis, Batu Pahat ketika membuat tugasan mengenai tarian kuda kepang.


Tugasan BBK 3307

Semester ini (Semester 8) agak "berat" sebab saya dikehendaki mengupas atau mengkritik 2 buah novel yang tertera di bawah dalam 20-25 halaman. Satu tugasan perlu disiap dalam minggu keenam dan membentangkan dalam kuliah nanti.Tugasan ini dibuat dalam kumpulan. Manakala, satu lagi perlu dihantar pada minggu kesepuluh.Tugasan yang kedua ini dibuat secara individu. Sabar...

 


Saturday, 23 March 2013

Foto shot

Hari Rabu yang lalu, Dr Normaliza mengajar kami untuk mengambil gambar dalam tiga bentuk, iaitu mug shot, medium shot dan full shot. Mug shot merujuk kepada gambar yang diambil dari kepala hingga ke dagu seseorang. Medium shot pula ialah gambar diambil dari kepala hingga ke pinggang.Manakala,full shot ialah gambar seseorang dari kepala hingga ke kaki.

     
        Gambar di atas ialah contoh mug shot yang diambil oleh kumpulan saya.


          Kedua-dua gambar di atas menunjukkan medium shot


Gambar kiri ialah full shot bagi Suzy dan gambar kanan ialah full shot bagi Kak Sara.

Friday, 22 March 2013

Pasar Malam di Taman Indah

Hari ini saya sempat berkunjung ke pasar malam Taman Indah yang berdekatan rumah saya dengan rakan sekerja selepas sekolah bersurai. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 7pm. Berikut ialah suasana di pasar malam.                                                     



Banyak gerai dapat dikesan di sini.


     
                       Sate yang dijual oleh pak cik ini sangat sedap dimakan dan harganya juga berpatutan.


              Sayur-sayuran di sini segar belakakan?


       
                           Saya pun tak ketinggalan, tengok ada seluar sesuai tak.





























Kalau ada masa lapang, datanglah beramai-ramai ke pasar malam ini yang diadakan pada setiap hari Jumaat.

Coklat dari Jepun


Pernah kamu makan coklat dari negara Jepun? Hari ini, rakan sekerja saya Suzy memberikan saya dua keping coklat yang dibeli dari Jepun.どうもありがとうございます、スジさん(Doumo arigatou gozaimasu, suzisan yang bermaksud "Terima kasih,Suzy")


Sunday, 17 March 2013

Kelab Ping Pong

Saya bertugas sebagai guru kelab ping pong di sekolah pada setiap hari sabtu minggu kedua dan keempat.Hal ini disebabkan kokurikulum sekolah saya diadakan pada hari tersebut.Anak murid Tahun 4 hingga tahun 6 dikehendaki hadir pada hari itu.Gambar berikut saya ambil di bilik ping pong sekolah. Terdapat 6 buah meja ping pong yang ada di dalam bilik itu.

Kedua-dua gambar di bawah menunjukkan anak murid darjah 5F sedang bermain ping pong.




















































Tengok, bergaya betul budak ni !                                                                    
 











 

Wednesday, 13 March 2013

Seminar 6 Sasterawan Negara


Hari ini saya pergi ke UPM untuk menghadiri Seminar 6 Sasterawan Negara yang diadakan di Dewan Za'ba yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.Oleh sebab guru besar,En Booi Ah Heng tidak melepaskan saya untuk menghadiri seminar tersebut sepanjang hari di UPM walaupun saya ada surat pelepasan yang dikeluarkan oleh Dr Adi Yasran, maka saya terpaksa pulang ke sekolah sebelum pukul 12 tengah hari.Walau bagaimanapun, saya sempat melihat Sasterawan Negara yang ke-11, iaitu Dato Kemala secara dekat. Di samping itu, saya juga berpeluang mendengar ceramah daripada Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara ke-10.




Seminar ini dirasmikan oleh Dekan Prof Madya Dr Ab.Mua'ti @ Zamri Ahmad.



    Berikut ialah ceramah yang diberikan oleh Dato Dr Anwar Ridhwan.


 

Membuat grafik

Dr Normaliza mengajar kami membuat sebuah grafik yang asas perlu meliputi aspek mudah,warna, kesesuaian, keseimbangan dan teks.Kumpulan kami ada 5 orang, iaitu kak Ina, kak Sara, Suzy, Taufik dan saya.Kami sangat bekerjasama dalam menghasilkan grafik tersebut.Bahan dan alat yang diperlukan ialah majalah, gum, gunting, "cutter", 6 keping "mounting board" dan reben.


            Saya amat suka gambar ini sebab semua ahli ketawa dengan gembira.
            Yeah, dah siap grafik kami ! Kumpulan kami bernama "One Piece" dengan 5 nombor matrik kami. 

 




Muka surat pertama menunjukkan asas mudah



Muka surat kedua ialah menunjukkan asas keseimbangan.






 Muka surat yang berikut ialah asas warna.


Muka surat yang keempat ialah memperlihatkan asas kesesuaian.


Muka surat yang terakhir ialah asas teks.

Peperiksaan penggal pertama

Peperiksaan penggal pertama mula dijalankan pada minggu ini.Hari ini hari kedua saya menjaga peperiksaan kertas Inggeris kertas (1) di darjah 4Q.Tengok anak murid ini begitu serius ketika menjawab kertas itu. Comel sekali jika mereka tidak berbuat bising.

























Kelas ini tak banyak murid hanya 34 orang sahaja jika berbanding dengan kelas lain yang terdiri daripada 48 orang !

Sunday, 10 March 2013

Hari Rabu yang sedih

Berdiri di sebelah saya ialah Cikgu Lili Suriati. Hari Rabu lepas (6 Mac) ialah hari terakhir Lili bertukar ke sekolah kebangsaan yang terletak di Berenang yang akan bertugas sebagai seorang guru pemulihan. Saya amat sedih dengan pertukarannya ke sekolah baharu itu. Walau bagaimana pun, saya terpaksa menerima kenyataan itu sebab ia telah ditakdirkan oleh Maha Yang Esa.Mudah-mudahan dia dapat bertugas di sekolah baharu itu dengan lancar dan gembira.


hasil lukisan anak murid Tahun 3

Gambar berikut ialah anak murid saya yang menghasilkan pada minggu lepas dengan tema yang berunsurkan 
alam semulajadi.Setelah saya telah memberi tunjuk ajar dan demostrasi, mereka pun menyempurnakan hasil lukisan masing-masing dengan cara kolaj di mana alat-alat yang digunakan termasuklah gunting,gam, kertas warna dan kertas lukisan. Kebanyakan daripada anak murid saya menghasilkan gambar manusia dan gambar haiwan seperti ikan.




Saturday, 9 March 2013

Diri saya

Nama saya Ong Soo Mei. Saya bekerja di SJK (C) Batu Sebelas Cheras sebagai seorang guru sejak tahun 2001. Saya  menyempurnakan kursus diploma di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Kini, saya sedang mengikuti Kursus Program Bacelor Sastera Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia.  Saya membuka blog ini disebabkan pensyarah yang mengajar Kursus  BBK3408 Bahasa dalam Multimedia ingin kami mengambil kesempatan ini supaya dapat meluahkan perasaan atau berkongsi maklumat dengan rakan sekerja, kawan-kawan dan khalayak ramai. Ini juga salah satu cara untuk  mengurangkan tekanan secara tidak langsung. Terima kasih Dr. Normaliza. Hobi saya ialah membaca buku seperti buku motivasi dan pelancongan. Di samping itu, saya juga suka mengumpul sampul angpau Tahun Baru Cina dari setiap pelosok di seluruh dunia. Kebanyakan sampul angpau yang saya kumpulkan adalah datang daripada kawan-kawan dan anak murid saya. Sekarang, bilangan sampul angpau saya telah mencecah kepada 8000 keping. Saya suka melihat sampul-sampul ini pada masa lapang. Ia dapat memenuhi kepuasan saya atau menghilangkan tekanan buat sementara. Saya mengklasifikasikan sampul-sampul ini kepada beberapa kategori seperti tahun haiwan, “dewa kaya”, makanan, bunga-bungaan, hasil kerja anak murid dan sebagainya. Berikut ialah sebahagian sampul angpau yang saya kumpulkan.

Sampul-sampul ini  yang bertemakan Tahun Haiwan bagi setiap tahun mengikut kaledar orang Cina. Ini termasuklah tahun tikus, monyet, kinzir, ular, naga, kambing, anjing, lembu, arnab, ayam dan sebagainya.

Sampul-sampul ini ada yang dihasilkan oleh anak murid saya, ada yang  dalam satu set seperti F&N, ada yang berunsurkan makanan seperti M&M, Sushi King dan Mamee. Ada yang mempunyai gambar bungaan dan ada yang bertemakan kartun.

Sampul-sampul ini ada yang datang dari Jepun dan ada yang datang dari Hong Kong. Kawan-kawan pernah lihat sampul ini ?

Sampul-sampul ini pula datang dari negara jiran kita, Singapura. Yang paling menarik hati saya ialah sampul yang dikeluarkan oleh Bank DBS. Sampul-sampul yang dikeluarkan oleh bank ini cantik-cantik belaka.

Wednesday, 6 March 2013