Saya menerima buah tangan ini dari Tanah Suci , Mekah yang diberi oleh seorang jiran yang baru balik pada 11 Jun 2013 selepas menjalankan umrah di sana selama 12 hari. Tanpa melengahkan masa, saya pun mengambil gambar sebelum menikmati makanan yang diberikan itu, iaitu kurma dan kacang sperti berikut.
happyday
Sunday, 16 June 2013
Friday, 31 May 2013
BBM 3410 Program Eksektutif
Dalam post ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Kursus BBM 3410 kami, Prof Madya Dr.Normaliza dan ahli kumpulan saya.Dengan mengikuti kursus ini, walaupun kami berasa letih disebabkan banyak kerja tugasan seperti video one shot, video seram, video tanpa wajah dan lain-lain perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan, namun di sebalik kepenatan tersebut, kami masih berasa sangat "enjoy" kerana kami dapat menghilangkan tekanan kami sebagai seorang warga pendidik di sekolah secara tidak langsung. Umpamanya, ketika kami merakamkan video one shot dengan bantuan lagu Amy Mastura Sha Na Na , saya demam pada hari itu dan terpaksa pergi ke bilik Falimbani untuk merakamkan video tersebut dengan ahli lain kerana kami telah berjanji antara satu sama lain.Namun, selepas "Sha Na Na" dengan mereka, saya amat terhibur dengan gerak geri kami yang lucu dan demam saya pun mula turun. Hebatkan? Kalau saya tak cakap, saudara-saudari tengok video itu pun tak perasan bahawa saya tak sihat hari itu kan? Sebab saya ialah seorang pelakon yang profesional.Walau bagaimanapun, blog ini saya akan teruskan selagi saya hidup.
Gambar di atas menunjukkan ahli kumpulan saya mengambil gambar dengan pensyarah kami Prof Madya Dr Normaliza (yang berseluar hitam) dalam kursus tersebut. Tengok, kesemua ahli dan pensyarah amat gembira dengan senyuman yang indah sekali. Oh, ya! Saya lupa nak memperkenalkan ahli kumpulan saya, mereka ialah (Dari kiri) Siti Sara, saya , Dr Normaliza, Suzy, Juliana dan Mohd Taufik. Terima kasih banyak-banyak !
Wednesday, 29 May 2013
Baca Berita
Pernahkah anda tengok pelajar eksekutif baca berita? Klikkan alamat laman sesawang berikut, anda akan terkejut melihat ONG SOO MEI, iaitu saya baca berita di depan anda. Berita tersebut adalah kisah benar, tidak mengandungi unsur tokok-tambah. Video ini diterbitkan khusus untuk tugasan BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia.
Video Tanpa Wajah - Produk Kumpulan One Piece
Video Tanpa Wajah ialah video yang hanya melibatkan tangan sahaja secara keseluruhan. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dapat memahami jalan cerita dan mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak penonton. Dalam video ini melibatkan empat orang pelakon yang sedang menuntut pelajaran di UPM. Mereka adalah Suzyla, Siti Sara, Juliana dan saya. Tujuan video ini diterbitkan untuk memenuhi tugasan BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia. Sila beri sebarang komen saudara-saudari,kami akan cuba memperbaikinya sebab kami diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baharu selagi kami masih hidup lagi. Terima Kasih.
Video Seram - Misteri Gadis Psiko
Video seram melibatkan empat orang pelakon. Salah seorang pelakon tentulah saya. Video ini diterbitkan untuk tugasan BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia di UPM.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada tiga orang pelakon untuk menjayakan video ini dengan lancar. Antara tiga pelakon tersebut adalah:
- Juliana ( mangsa yang dibunuh)
- Siti Sara ( mangsa yang diperkosa)
- Suzyla ( saksi)
Tuesday, 28 May 2013
Persembahan lagu Sha Na Na
Video berikut khas untuk Kursus BBM 3410. Pelakon-pelakon dalam video ini amat profesional. Mereka ialah :
Jom, tontonlah bersama ahli keluarga anda. Pasti anda akan terhibur.
- Suzyla (berbaju biru)
- Juliana (berbaju hijau)
- Siti Sara (berbaju merah)
- Ong Soo Mei (saya)
Jom, tontonlah bersama ahli keluarga anda. Pasti anda akan terhibur.
Monday, 27 May 2013
Zhang Zhou di China
Baru-baru ini makcik saya pergi ke Zhang Zhou di China dengan emak dan adiknya selama satu minggu. Izinkan saya terang sedikit sebanyak tentang tempat ini sebab tempat ini ada serba sedikit berkaitan dengan saya.Kenapa? Sabarlah dulu...
Kembali ke soalan tadi, kenapa maklumat di atas ada kaitan dengan saya ? Kenapa saya ingin berkongsi maklumat ini dengan saudara-saudari di blog saya kali ini?
Sebab saya juga berdialek Hakka. Surname saya ONG kan? Kalau nak tahu dialek seseorang yang berbangsa Cina, tengok Surname orang itu sudah tahu. Seperti mak saya,surname ialah CHANG. Dia ialah orang Hainan .
Daerah asal pendatang dari Hokkian pada dasarnya hampir meliputi seluruh wilayah provinsi Fujian, namun mayoritas berasal dari daerah pesisir seperti Zhangzhou, Quanzhou, Fuzhou dan Amoy. Zhangzhou dan Quanzhou menjadi daerah asal utama disebabkan kedua-dua tempat ini telah lama menjadi pelabuhan utama yang melayani perdagangan lewat laut.
Orang Hokkian (Hanzi: 福建人, pinyin: fujian ren) atau Orang Hoklo adalah penduduk dari provinsi Fujian bagian selatan di Republik Rakyat Cina. Banyak orang Hokkian menjadi perantau dan tinggal di berbagai negara, terutama di Asia Tenggara
Orang Hokkian juga dikenal dengan sebutan:
- Orang Minnan (閩南)
- Orang Hok-ló (福佬)
Orang Hokkian merupakan mayoritas perantau di Indonesia. Di zaman kolonial Belanda, pemerintah Batavia menetapkan kuota perantau yang diperbolehkan merantau ke Indonesia. Pemerintah Batavia juga mendata jumlah pendatang menurut daerah asal, yang pada zaman tersebut dikelompokkan menjadi empat kelompok besar; Hokkian, Tiochiu, Konghu dan Hakka.
Zhāngzhōu berada paling selatan dari pada Propinsi Fujian, dan bersebelahan langsung dengan Cháozhōu, Propinsi Guangdong. Zhāngzhōu mulai dibentuk pada tahun 686 pasa masa Dinasti Táng atas permintaan seorang pejabat tinggi pada masa itu yang bernama Chen Yuanguang. Zhāngzhōu terkenal dengan produksi buah laici (lychee) dan lengkeng (longan) serta makanan laut seperti abalon dan lobster. Perantau dari Zhangzhou terutama menyebar di daerah Sumatera Utara, Riau (Indonesia) dan Penang (Malaysia).
Sebab saya juga berdialek Hakka. Surname saya ONG kan? Kalau nak tahu dialek seseorang yang berbangsa Cina, tengok Surname orang itu sudah tahu. Seperti mak saya,surname ialah CHANG. Dia ialah orang Hainan .
Berikut ialah gambar makcik saya yang diambil di Zhang Zhou dengan mak dan adiknya.
Pemandangan cukup indahkan? Menurut makcik saya ( berseluar pendek), bangunan di belakang mereka telah didirikan pada zaman Dinasti Song, tetapi masih kekal sehingga hari ini. Bangunan itu masih didiami oleh orang Hakka. Satu lagi perkara yang saya ingin berkongsi ialah saudara-saudari cuba teka wanita yang berdiri di tengah-tengah itu, agak-agak umurnya berapa? 60? 70 ? 80 ? Beliau telah berumur 94 tahun. beliau berjalan lagi cepat dan steady daripada orang muda sekarang. Jangan main-main. Setiap pagi, beliau bersarapan dengan makan OAT. Beliau juga tidak lupa buat senaman ( TAICHI )! Contohilah semangat beliau, anda akan rasakan badan yang sihat betapa penting dan bahagianya !
Subscribe to:
Posts (Atom)